- Block 54mm —> 57mm
- Carb 25mm —> 28mm
- Head masih sama 17/19
Terus terang aku cakap tukar block hanyalah dpt pick-up bukan top speed. Meter dari 0-100 tuh mmg lagi cepat dari yg standard. Kena sentiasa ingat, nak lajukan LC bukan sekadar tukar block sahaja, Head jugak memainkan peranan yg sgt besar sbb kita 4 Stroke bukan 2 Stroke.
Mcm aku, block 57mm tapi head standard. Top speed sekadar 120++ sama mcm spec standard cuma lebih cepat nak sampai ke 120kmh dan lepas tu termenung lah mcm biasa.. Hehehehe.. Gear 5 mmg kena tukar utk dapatkan lajak yg lebih.
Setting carburettor MJ/PJ, sprocket ratio, berat motor, berat badan, mata gear, ride menegak, ride tunduk, ride superman semua tuh kena amek kira. Untuk LC 5s rim belakang saiz 2.5 tuh mmg besar & berat, di tambah pulak ader Break Disc lagi laa berat.
Sbb tuh ader owner LC 5s:
- Tukar saiz rim yg kecik skit 1.4/1.6 atau 1.6/1.8
- Tukar saiz tayar, pakai depan 70, belakang 80
- Tukar rim alloy terus (lagi ringan)
- Tukar swing arm alloy
- Bukak break disc belakang / guna break drum jek
Semua tuh nak kasik ringan skit berat motor.